Thursday, 8 December 2011

CONTOH RPH SAINS TAHUN 4


Rancangan Pengajaran Harian 1
Mata pelajaran:                        Sains
Kelas:                                     4 Ibnu Qaiyyim

Tarikh:                                    22 Mac 2011

Masa:                                      10:30 pagi – 11:30 pagi ( 60 minit)

Bilangan murid:                      37 0rang

Bidang pelajaran:                     i) Subtopik 1: Memahami haiwan mempunyai ciri-ciri khas bagi melindungi diri daripada musuh

Objektif pembelajaran:            1)  Memahami ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh
                                         
                                                2)  Memahami pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh

                                                3)  Menerangkan bagaimanakah ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh

Hasil pembelajaran:     Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A   Menguasai pengetahuan mengenalpasti ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh

B   Menguasai kemahiran
a.  (Kognitif) – murid-murid dapat berfikir tentang ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh

b. (Psikomotor) – murid-murid dapat menyentuh siput dan ulat gonggok di  Taman Sains Sekolah.

c.  (Afektif) – Murid-murid berasa berminat untuk belajar tentang ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh

C  Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran  kreatif
a.  murid-murid menjanakan idea untuk mengetahui tentang alam sekeliling ( minat dan ingin tahu)

b.   murid-murid dapat mengumpulkan dan mengelaskan ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan berfikir secara rasional.

c.       murid-murid dapat membanding dan membeza untuk bekerjasama mencari maklumat berkaitan dengan ciri-ciri khas yang ada pada haiwan

                                             d.  murid-murid dapat mencirikan dan membuat kesimpulan dengan berfikir secara rasional
           
Bahan, peralatan dan bahan sumber:

1.    Siput dan ulat gonggok
2.    Cakera padat mata pelajaran Sains Kementerian Pendidikan Malaysia
3.    Gambar-gambar haiwan yang dibawa oleh murid
4.    Kad manila
5.    Pen Marker
6.    Jadual ciri-ciri khas haiwan
7.    Lirik lagu Bangau oh bangau

Pengetahuan sedia ada:
1.      Murid telah mengetahui tentang keperluan asas haiwan dan tumbuhan di pembelajaran yang lepas

Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Memerhati ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada bahaya
1) Guru membawa murid-murid ke Taman Sains Sekolah.

2) Guru meminta murid-murid menangkap siput dan ulat gonggok di Taman Sains Sekolah

3) Guru meminta murid-murid menyentuh siput dan ulat gonggok

4) Guru menanya murid soalan:

   i) Apakah yang kamu perhatikan?







  ii) Mengapakah siput dan ulat gonggok berpelakuan sedemikian?




5) Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini.
   - memerhatikan ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh.
1) Murid-murid mengikuti guru ke Taman Sains Sekolah.

2) Murid-murid menangkap siput dan ulat gonggok




3) Murid-murid menyentuh siput dan ulat gonggok


4) murid-murid menjawab soalan guru:
   i) Siput menyembunyi-kan badan ke dalam cengkerang. Ulat gonggok menggulungkan badannya.

ii) Siput dan ulat gonggok berpelakuan sedemikian adalah untuk melidungi diri daripada bahaya dan musuh.

Strategi/
Teknik:
Hand-on
Soal-jawab


Sumber :
Siput dan ulat gonggok

Langkah 1
(15 min)
Memaparkan peta minda







1) Guru memaparkan peta minda untuk memperkenalkan
dan menerangkan  ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan bagi melidungi diri daripada musuh
1) Murid-murid memberi perhatian yang sepenuhnya untuk mendengar penerangan guru.
Strategi:
Penerangan

Sumber 
Lampiran 1 ( peta minda)
(dibawah)

Langkah 2
(5  min)
Mengenalpasti cara haiwan melindungi diri daripada musuh

1) Guru menanya soalan :

  i) Adakah murid-murid membawa gambar-gambar haiwan yag diminta?

 ii) Guru meminta murid-murid meletakkan gambar-gambar haiwan yang dibawa di atas meja.

 iii) Daripada pengetahuan kamu, kelaskan haiwan yang mempunyai cirri-ciri khas dan pelakuan untuk melidungi diri daripada musuh.
1) Murid-murid menjawab soalan guru.
  i) Ya, ada cikgu.





  ii) Murid-murid meletakkan gambar-gambar haiwan yang dibawa di atas meja.


 iii) Murid-murid mengelaskan haiwan yang mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada musuh
Strategi:
Soal-jawab
Mengelas

Sumber:
Gambar-gambar haiwan yang dibawa oleh murid

Gambar-gambar haiwan:
Harimau, kambing, kumbang, kucing, sotong, landak, badak, rama-rama, belalang, gajah dan kura-kura

1) rujuk Lampiran 2
   (dibawah)
Langkah 3
(8 min)
Menyatakan ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh.
1) Guru meminta murid-murid menyatakan ciri khas haiwan dan merekodkan perhatian.
1) Murid-murid melihat gambar dan mencari ciri-ciri khas yang ada pada haiwan.

2) Murid-murid merekodkan pemerhatian dalam jadual yang disediakan mengikut kumpulan.
Strategi:
Memerhati
mengelas

Sumber :
Gambar-gambar haiwan, kad manila dan pen marker

Langkah 4
(15 min )

Pembentangan Laporan hasil dapatan murid
1) Guru minta wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan murid-murid.

2) Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan ( ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan yang paling tepat)
1) Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan masing-masing.

2) Murid-murid membuat perbandingan jawapan di antara kumpulan.
Strategi:
komunikasi

Sumber :
-
1) rujuk Lampiran 4
   (dibawah)
Aplikasi Idea
(8 min)
Lembaran kerja
1) Guru menanya murid-murid apa yang dipelajari tadi untuk mengaitkan idea murid?




2) Guru
mengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid-murid

3) Guru minta murid-murid menjawab soalan.

3) Guru membincangkan jawapan bersama dengan murid-murid.
1) Murid-murid menjawab soalan guru.
   - Ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan bagi melidungi diri daripada bahaya.

2)Murid-murid mengambil kertas lembaran kerja yang guru bagi.


3) Murid-murid menjawab soalan.

3) Murid-murid membincangkan jawapan bersama dengan guru.
Strategi:
Menjawab soalan

Sumber:
Kertas lembaran kerja

1) Rujuk Lampiran 5
   (dibawah)
Refleksi/
Penutup
(4 min)
Peneguhan
(nyanyian)
1) Guru memaparkan lirik lagu Bangau oh Bangau

1) Murid-murid menyanyi Bangau oh Bangau
Strategi:
Nyanyian

Sumber:
 Lirik lagu Bangau oh Bangau

1) rujuk
Lampiran 6
(dibawah)

Lampiran 2
Haiwan yang mempunyai ciri-ciri khas dan ciri-ciri pelakuan .
Mempunyai ciri-ciri khas
Mempunyai ciri-ciri pelakuan
Harimau, kambing kucing landak, badak, gajah dan kura-kura
Kumbang, sotong, rama-rama dan belalang

                     
Lampiran 3
Hasil dapatan murid-murid
Haiwan
Ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan
Singa
Kuku, taring
Kerbau
Tanduk
Beruang
Kuku, taring
Landak
Badan berduri
Badak Sumbu
Tanduk keras dan tajam
Gajah
Kulit tebal, gading
Kura-kura
Cengkerang keras
Tenggiling
Pura-pura mati
Sotong
Penyembur pewarna hitam




Lampiran 4
Lembaran kerja
1)      Haiwan apakah yang mempunyai tanduk keras dan tajam untuk menlidungi diri daripada bahaya?
= badak sumbu, seladang
2)       Haiwan apakah yang mempuyai cangkerang untuk menlidungi diri daripada bahaya?
= kura-kura, siput
3)      Haiwan apakah yang mempuyai kuku tajam untuk menlidungi diri daripada bahaya?
= burung hering, musang
4)   Haiwan apakah yang mempuyai bau busuk untuk menlidungi diri daripada bahaya?
     = skunk
5)   Haiwan apakah yang hidup dalam kumpulan untuk menlidungi diri daripada bahaya?
= lebah, kuda belang
6)        Haiwan apakah boleh menyembur perwarna hitam untuk menlidungi diri daripada bahaya?
=sotong


Lampiran 5
Lirik Bangau oh Bangau
Oh Bangau oh Bangau                       
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x
Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x
Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

Rancangan Pengajaran Harian 2:

Mata pelajaran:            Sains               
Kelas:                          4 Ibnu Qaiyyim
Tarikh:                         23 Mac 2011
Masa:                           9.10pg – 10.10pg ( 60 minit )
Bilangan murid:          37 orang
Bidang pelajaran:        Haiwan dan tumbuhan melindungi diri                     
Objektif pembelajaran:Memahami haiwan mempunyai ciri khas bagi penyesuaian diri             dengan iklim dan perubahan musim       

Hasil pembelajaran:     Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

                        A         Menguasai pengetahuan
a.       Haiwan perlu menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim untuk meneruskan hidup
b.      Bonggol, berkubang, badak sumbu, cuaca melampau, ciri khas


B         Menguasai kemahiran
a.       Murid dapat mengenal pasti ciri khas haiwan tertentu bagi penyesuaian diri dengan iklim dan perubahan musim 
b.      Murid dapat mengunting dan menampal gambar haiwan yang tinggal di tempat yang beriklim
c.       Murid bersyukur kerana hidup di kawasan yang beriklim sederhana

C         Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran  kreatif
a.    Murid menerangkan sebab haiwan memerlukan ciri-ciri khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim yang melampau
b.   Murid melahirkan perasaan bersyukur kerana dapat hidup di kawasan yang beriklim sederhana.
c.    Murid dapat membanding dan membeza ciri-ciri khas yang terdapat pada haiwan yang tinggal di kawasan panas dan sejuk
           
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1.    Gambar haiwan ( Lampiran 1 )
2.    Gunting
3.    Kertas mahjung
4.    Video
5.    Projektor
6.    Buku teks mata pelajaran Sains
7.    Pen maker

Pengetahuan sedia ada:
  1. Murid telah mengetahui tentang haiwan yang tinggal di tempat sejuk dan panas

Langkah/
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Menunjukkan gambar haiwan di kawasan panas dan kawasan sejuk (unta, beruang kutub)
1.  Guru tujukan soalan
     ( pengetahuan sedia ada ) kepada semua murid sambil menunjukkan gambar haiwan ( unta, beruang kutub )


S : Dengan pengetahuan  kamu, dimanakah tempat tinggal bagi kedua-dua haiwan ini?
S : Apakah akan berlaku jikalau unta dan beruang kutub saling menukar tempat tinggalnya?
1.  Murid meneliti gambar haiwan yang ditunjuk oleh guru ( unta, beruang kutub ) sambil berfikir lalu menjawab soalan guru.  
J :  Unta tinggal di   gurun; beruang kutub tinggal di kutub utara.
J :  Murid memberi jawapan yang berlainan.           
Strategi:
Mikro Pengajaran

Sumber:
Gambar haiwan

KBKK :
Membuat Ramalan
Langkah 1
(8 min)
Memerhati habitat dan ciri-ciri khas yang terdapat pada haiwan yang tinggal di kawasan beriklim panas dan sejuk. 
1.  Guru menayang video dokumentari yang mengenai habitat haiwan yang tinggal di tempat beriklim sejuk dan panas.
2.  Guru menyoal soalan untuk membimbing murid mencari pemboleh ubah sebelum perbincangan kumpulan di mulakan.



S :  Apakah perbezaan yang kamu dapat berbeza antara haiwan yang tinggal di kedua-dua tempat ini?






S :  Apakah faktor utama yang membolehkan haiwan-haiwan hidup di tempat yang bercuaca melampau?
1.  Murid menyaksi video dengan penuh perhatian.


2.  Murid mendapati haiwan yang hidup di tempat beriklim sejuk panas mempunyai ciri khas yang berbeza.
J :  Haiwan yang hidup di gurun mempunyai telinga yang panjang. Manakala, haiwan yang tinggal di tempat beriklim sejuk bertelinga pendek. 
J :  Haiwan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada cuaca melampau.
Strategi: Pengajaran Induktif

Sumber :
Video, projektor,

KBKK :
Membanding dan mambeza
Langkah 2
(5 min)
Mengenal pasti ciri – ciri khas haiwan yang tinggal di kawasan panas dan sejuk.
1.  Guru menyoal kepada murid sambil meminta murid menyenaraikan ciri khas pada haiwan dengan merujuki bahan sedia ada.



S : Apakah ciri-ciri khas haiwan yang tinggal di kawasan panas?



S :  Apakah ciri-ciri khas haiwan yang tinggal di kawasan sejuk?

1.  Murid sebutkan  ciri khas haiwan yang tinggal di kawasan panas dan kawasan sejuk. ( murid merujuki buku teks )
J :  Unta mempunyai bonggol di hahagian atas badannya, rubah bertelinga panjang.
J :  Anjing laut mempunyai telinga kecil, beruang kutub mempunyai bulu tebal, penguin mempunyai lemak tebal. 
Strategi:
Kaedah Menyoal

Sumber :
Buku teks mata pelajaran sains


Langkah 3
(16 min)
Mengambarkan kepentingan ciri-ciri khas pada haiwan tersebut untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan sejuk.
1.  Guru meminta murid menjelaskan ciri-ciri khas yang ada pada haiwan dan merekodkan pemerhatian murid.

S :  Apakah kelebihan ciri-ciri khas yang ada pada beruang kutub?




2.  Guru menyoalkan murid seperti soalan di atas berdasarkan haiwan badak sumbur, tikus kanggaru, kambing biri-biri, Artik kelinci, kerbau dan sebagainya.

3.  Guru juga menerapkan nilai kesyukuran bahawa kita dapat hidup di kawasan yang beriklim sederhana.
1.  Murid menyenaraikan kelebihan ciri-ciri khas yang ada pada haiwan tersebut.
J :  Bulu tebal yang ada pada beruang kutub dapat mencegah haba dalam badan disebarkan.
2.  Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.




3.  Murid melahirkan perasaan kesyukuran dalam diri sendiri serta berasa bahagia kerana dapat hidup di kawasan yang beriklim sederhana.

Strategi:
Keadah Simulasi

Sumber:
Papan hitam

Penerapan Nilai :
Kesyukuran

KBKK :
Menerangkan Sebab
Langkah 4
(15 min)
Menyenaraikan kepentingan ciri-ciri khas atau perlakuan haiwan yang tinggal di kawasan panas dan sejuk.
1.  Guru meminta murid bincang dalam kumpulan tentang ciri-ciri khas dan perlakuan haiwan yang tinggal di kawasan panas dan sejuk.



2.  Guru juga meminta murid mengeluarkan gambar-gambar haiwan yang dibawa dari rumah.
1.  Murid dikehendaki menyenaraikan ciri-ciri khas atau perlakuan haiwan yang tinggal di kawasan sejuk dan panas.
2.  Murid dikehendaki mengunting gambar haiwan yang hidup di kawasan cuaca melampau.
3.  Seterusnya, murid menampalkann gambar di atas kertas mahjung dan menyatakan ciri-ciri khas atau perlakuan haiwan.
Strategi:
Kaedah Perbincangan

Sumber:
Gambar haiwan
( Lampiran 1 ),
gunting, gum, kertas mahjung, pen maker, pensel berwarna

KBKK :
Menerangkan sebab
Langkah 5
(10 min)
Haiwan mempunyai ciri-ciri khas atau perlakuan untuk melindungi diri daripada iklim dan cuaca malampau,
- Haiwan seperti unta yang hidup di gurun mempunyai bonggol di bahagian atas badannya kerana membantunya dalam menyesuaikan diri dengan iklim yang panas.
-  Haiwan yang hidup di kawasan beriklim sejuk pula mempunyai bulu yang tebal kerana membantunya dalam menyesuaikan diri dengan iklim yang sejuk. (pelbagai contoh lagi)
1.  Guru minta ketua kumpulan dari setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan.
2.  Guru membuat perbandingan hasil kerja antara kumpulan.

3.  Guru akan membuat pembetulan jikalau terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid.
1.  Ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan.

2.  Murid membuat perbandingan dengan hasil kerja yang lain.
Strategi:
Kaedah Sumbang Saran

Sumber :
Kertas Mahjung, papan hitam


KBKK :
Menyampaikan maklumat
Aplikasi Idea
(8 min)
Mengaplikasi idea melalui permainan permindahan kotak.
1.  Guru mengarah murid duduk dalam satu bulatan besar.
2.  Guru menyediakan satu kotak yang diisi dengan pelbagai gambar haiwan.

3.  Guru bermain muzik dengan radio.
4.  Guru menghentikan muzik dan mengarah murid menyatakan ciri-ciri khas atau  perlakuan  haiwan
1.  Murid membentuk bulatan dan duduk.
2.  Murid menjalankan permainan permindahan kotak.
3.  Murid mulai mengedarkan katak.
4.  Murid yang memegang kotak itu perlu mencabut satu gambar dari kotak dan menyatakan ciri-ciri khas atau perlakuan haiwan berdasarkan gambar itu. 
Strategi:
Kaedah Main Sambil Belajar

Sumber:
Radio, kotak,
gambar haiwan

KBKK :
Menjana dan menghasilkan  idea baru
Refleksi/
Penutup
(5 min)
Pengukuhan dan membuat kesimpulan tentang haiwan mempunyai ciri-ciri khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim yang panas dan sejuk.
1.  Guru menunjukkan gambar satu persatu sambil mengemukakan soalan kepada murid.
     ( Lampiran 2 )

2.  Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.

1.  Murid meneliti gambar haiwan dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
 2.   Murid membuat  latihan.


Strategi:
Mikro Pengajaran

Sumber:
Lembaran kerja
 ( Lampiran 2 )




Rancangan Pengajaran Harian 3:

Mata pelajaran:            Sains  
Kelas:                          4 Ibnu Qaiyyim                      
Tarikh:                         24 Mac  2011             
Masa:                           10.30 -11.30 pagi (1jam)                    
Bilangan murid:          37 orang         
Bidang pelajaran:        Kepelbagaian Hidup dan  Alam       
Objektif pembelajaran:           

Hasil pembelajaran:     Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

                        A         Menguasai pengetahuan
a.       Memahami haiwan mempunyai ciri khas untuk membolehkan mereka meneruskan hidup.
b.      Memahami perkataan “menyerang, keadaan, mengenalpasti,  musim panas, musim sejuk”.

B         Menguasai kemahiran
a.       Murid-murid dapat Mengumpulkan dan mentaksirkan data tentang ciri khas yang terdapat pada haiwan bagi meneruskan hidup.
b.      Murid-murid dapat mebina sebuah folio mengenai cara haiwan meneruskan hidup.
c.       Murid-murid menanam sifat tabah diri untuk meneruskan hidup.

C         Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran  kreatif
a.       Murid-murid dapat berasa syukur kepadaTuhan kerana dapat hidup dalam keadaan yang selesa.
b.      Murid-murid melahirkan perasaan kasih sayang terhadap haiwan-haiwan.         
c.       Murid-murid menyedari kepentingan menjaga alam sekitar agar haiwan-haiwan mempunyai tempat tinggal yang selamat.
           
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1.    Papan hitam
2.    Surat khabar / Majalah / gamabr haiwan daripada internet
3.    Buku teks Sains Tahun 4
4.    Marker Pen
5.    Kertas Mahjung
6.    Kertas A4
7.    Gunting
8.    Glu
9.    Buku nota Sains

Pengetahuan sedia ada:
  1. Murid – murid telah mengetahui tentang keperluan asas haiwan dan tumbuhan di pembelajaran yang lepas.
  2. Murid-murid telah mempelajari ciri-ciri khas haiwan yang melindungi mereka daripada musuh.
  3. Murid-murid telah mempelajari ciri-ciri khas haiwan yang melindungi mereka daripada cuaca buruk.
Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Refleksi tentang pelajaran yang dibelajar sebelum ini, menarik perhatian pelajar dalam pengajaran  akan datang

  1. Meminta murid-murid memberikan contoh haiwan melindungi diri daripada musuh dan cuaca buruk.
  2. Menyemak jawapan yang diberi murid-murid untuk mengenalpastikan miskonsep murid.
  3. Guru  menerangkan : Haiwan bukan sahaja perlu mengelakkan diri daripada cuaca melampau dan musuh, tetapi mereka juga perlu mempunyai ciri-ciri khas yang membantu mereka mengharungi cabaran dalam hidup dan mencari makanan.
  4. Guru menuliskan perkataan penting “mencari makanan” dan “mengharungi cabaran” di atas papan hitam dan meminta murid-murid memberi pandangan mereka terhadap perkataan-perkataan itu.

1.       Memberi contoh haiwan melindungi diri daripada musuh dan cuaca buruk.
2.       Mengenalpastikan miskonsep dalam jawapan rakan.
3.       Memberi pandangan terhadap perkataan “mencari makanan” dan “mengharungi cabaran” .
4.       Berasa syukur kerana tidak perlu “mencari makanan” dan “mengharungi cabaran” dalam kehidupan harian.


Strategi/
Teknik: Mikro Pengajaran

Strategi: Sumbangsaran


Sumber :
Papan hitam

KBKK: menghubungkait, menjana idea.

Penerapan Nilai:
Bersyukur
Langkah 1
(10 min)
Penerangan tentang ciri-ciri khas yang membolehkan mereka terus hidup.

  1. Membantu murid-murid membentukkan konsep bahawa semua haiwan mempunyai ciri khas untuk membolehkan mereka terus hidup.
  2. Guru memberi contoh-contoh haiwan yang boleh teruskan kehidupan mereka berdasarkan ciri-ciri khas yang ada pada mereka.:
i. Tupai mempunyai gigi yang kukuh untuk membolehkannya membuka kulit kacang yang keras, ekor yang besar pula menolongnya mengekalkan kestabilan badan semasa melompat.
ii. Itik mempunyai bulu yang kalis air untuk membolehkannya berenang tanpa membasahkan badan, kaki berselaput juga membantunya berenang dalam air untuk mencari makanan.
  1.  Meminta murid-murid memberi contoh berdasarkan pengetahuan mereka.
  2. Memeriksa jawapan yang diberi murid-murid dan memperbetulkan miskonsep murid-murid.
  3. Menekankan nyawa semua haiwan di dunia ini telah diancam kerana perbuatan manusia yang keterlaluan, maka kita patut mencintai alam sekitar dan melahirkan satu persekitaran yang sihat untuk mereka.
  1. Diberitahu konsep bahawa semua haiwan mempunyai ciri khas untuk membolehkan mereka terus hidup.
  2. Mendengar contoh-contoh yang diberi oleh guru.
  3. Memberi contoh berdasarkan contoh-contoh yang diberi guru.
  4. Mengenalpastikan miskonsep dan kesilapan dalam contoh yang diberi rakan.
  5. Melahirkan perasaan cinta akan alam sekitar dan berusaha mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk haiwan terus hidup.

Strategi :  Pendekatan  Deduktif
KBKK: menghuraikan
Penerapan Nilai: Cinta terhadap alam sekitar
Pengabungjalinan: Pendidikan Moral
Sumber : Buku teks Sains Tahun 4

Langkah 2
(10 min)
Penggunaan soal-jawab untuk mengenalpasti kefahaman pelajar
  1. Menyoal soalan untuk menjana idea baru murid-murid.
  2. Setiap soalan yang dijawab dengan betul, guru akan memaparkan kertas mahjung yang sudah siap disediakan jawapan terlebih dahulu dalam bentuk peta minda di papan hitam
  3. Meminta murid-murid membaca peta minda yang terpapar dan memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya.
  4. Murid-murid membuat nota ringkas pada buku nota mereka.
  1. Menjawab soalan yang diberi guru.
  2. Membantu rakan yang gagal menjawab soalan.
  3. Menanyakan soalan jika terdapat kekeliruan atau kurang faham dengan contoh yang diberi.
  4. Memerhati peta minda yang dipaparkan guru di papan hitam.
  5. Membaca peta minda yang tepapar.
  6. Membuat nota ringkas dalam buku nota Sains.
Soal-jawab (rujuk lampiran 1)
Peta minda (rujuk lampiran 2)
KBKK: Membuat gambaran mental
Strategi: soal-jawab

Sumber : kertas mahjung, buku nota sains

Langkah 3
(20 min)
Membina folio bertajuk “Cara Haiwan Meneruskan Hidup”.
  1. Menerangkan kehendak butiran dalam folio dengan menunjukkan satu helaian contoh folio yang berbentuk peta minda dengan melabelkan ciri-ciri khas haiwan yang membolehkan mereka terus hidup pada haiwan itu.
  2. Mengagihkan semua murid ke dalam 5 kumpulan, di mana satu kumpulan mempunyai 6 orang murid.
  3. Memantau kelas dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua murid dalam kelas.
  4. Semua hasil kerja kumpulan yang sempat disediakan akan dikumpul menjadi sebuah folio.
  1. Mendengar kehendak butiran folio dengan teliti.
  2. Memerhati contoh / sampel yang ditunjukkan guru dengan bersungguh-sungguh.
  3. Menanakan soalan jika masih kurang faham akan kehendak soalan.
  4. Diagihkan ke dalam kumpulan masing-masing.
  5. Memilih salah seorang ahli kumpulan untuk menjadi ketua kumpulan.
  6. Ketua kumpulan mengambil peralatan yang diperlukan daripada guru.
  7. Mengeluarkan gambar-gambar haiwan yang telah siap dicari di rumah sebelum ini.
  8. Berbincang dalam kumpulan tentangciri-ciri khas haiwan-haiwan yang dicari yang membolehkan mereka terus hidup.
  9. Bekerjasama membuat folio dengan melabelkan ciri-ciri khas haiwan pada kertas A4 yang diberikan.
  10. Bertindak secepat mungkin untuk menghasilkan kerja yang banyak dan tersusun.
  11. Membuat blinding ke atas folio kumpulan masing-masing.

Contoh folio (rujuk lampiran 3)
Pedekatan : Pembelaran berasaskan projek
Sumber : gunting, kertas A4, glu, keratan surat khabar, majalah, gambar-gamabr dari internet, pen marker

 Strategi: Perbincangan dalam Kumpulan



Langkah 4
(10 min)
Membentangkan hasil kerja
  1. Menjemput ketua kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.
  2. Berperanan sebagai pembimbing dalam membantu ketua kumpulan menyampaikan maklumat dengan lebih teliti dan berkesan.
  3. Mengumpulkan kesemua folio daripada ketua kumpulan.
  1. Ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di depan kelas.
  2. Murid-murid lain mendengar dan mengesan kesilapan dalam pembentangan itu.
  3.  Diberi peluang untuk menanyakan soalan.
  4. Mendengar pembentangan sambil membuat catatan dalam buku nota sains.
  5. Menghantar buku folio kepada guru.
Strategi: Pembentangan
KBKK: menjelaskan
Sumber : folio, buku nota sains
Penggabungjalinan: Kajian Tempatan
Aplikasi Idea
(5 min)
Menyelesaikan miskonsep dan membuat kesimpulan
  1. Menanyakan murid-murid apa yang mereka pelajari melalui P&P tadi.
  2. Menyenaraikan miskonsep murid-murid, lalu menyelesaikan miskonsep itu.
  3. Membantu murid-murid mengaplikasikan idea dengan memberi contoh tersendiri dalam buku nota Sains.
  1. Memberitahu guru dan rakan apa yang telah dpelajari.
  2. Menyedari miskonsep sendiri dan membuat catatan pada buku nota Sains.
  3. Memahami apa yang dikatakan ciri-ciri khas haiwan, dan memberi contoh haiwan yang mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka terus hidup dalam dunia ini.
Pengabungjalinan: Kajian Tempatan
KBKK: mengaplikasikan

Refleksi/
Penutup
(5 min)
Membuat Kesimpulan
1.       Membantu murid-murid membuat kesimpulan bahawa semua haiwan mempunyai ciri-ciri khas untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan.
2.       Menyeru murid-murid agar sayang akan haiwan dan berusaha melahirkan suatu persekitaran yang sihat untuk haiwan terus hidup di dunia ini.
3.       Menggalakkan murid-murid berani mengharungi cabaran hidup kerana haiwan-haiwan telah mencuba sedaya upaya untuk terus hidup, manusia perlu mencontohi sifat semulajadi haiwan yang mulia ini.
  1. Mencuba untuk membuat kesimpulan berdasarkan pembelajaran hari ini.
  2. Melahirkan perasaan sayang akan haiwan kerana mereka juga bernyawa.
  3. Tahu tempat tinggal haiwan dan sudi mewujudkan suatu alam sekitar yang sesuai untuk haiwan terus hidup.
  4. Berjaya memupuk semangat berani menghadapi cabaran dalam kehidupan harian kerana haiwan-haiwan juga berusaha untuk meneruskan hidup walaupun mereka dikeilingi dengan musuh, cuaca melampau, masalah kekurangan makanan, kehilangan tempat tinggal dan sebagainya.

Strategi : Mikro Pengajaran
Penerapan Nilai: Kasih sayang, cinta terhadap alam sekitar.
Pengabungjalinan: Pendidikan Moral
KBKK: merumuskan




Mata pelajaran:                                   Sains

Kelas:                                      4 Ibnu Qaiyyim

Tarikh:                                     25  Mac 2011

Masa:                                       10:30 pagi – 11:30 pagi ( 60 minit)

Bilangan murid:                                               37 0rang

Bidang pelajaran:                     i) Subtopik 4: Memahami tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas bagi melindungi diri daripada musuh

Objektif pembelajaran:                     1)  Memahami ciri-ciri khas tumbuhan melindungi diri daripada
musuh
                                          
                                                2)  Memahami pelakuan tumbuhan melidungi diri daripada
musuh

                                                3)  Menerangkan bagaimanakah ciri khas dan pelakuan tumbuhan melindungi diri daripada musuh

Hasil pembelajaran:     Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A   Menguasai pengetahuan mengenalpasti ciri-ciri khas dan pelakuan tumbuhan melindungi diri daripada musuh

   B   Menguasai kemahiran
a.  (Kognitif) – murid-murid dapat berfikir tentang ciri-ciri khas tumbuhan melindungi diri daripada musuh

b. (Psikomotor) – murid-murid dapat menyentuh pokok semalu dan pokok betik di  Taman Sains Sekolah.

c.  (Afektif) – Murid-murid berasa berminat untuk belajar tentang ciri-ciri khas tumbuhan melidungi diri daripada musuh

C  Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran  kreatif
a.  murid-murid menjanakan idea untuk mengetahui tentang alam sekeliling ( minat dan ingin tahu)

b.   murid-murid dapat mengumpulkan dan mengelaskan ciri-ciri khas tumbuh-tumbuhan melindungi diri dan berfikir secara rasional.

c. murid-murid dapat membanding dan membeza untuk bekerjasama mencari maklumat berkaitan dengan ciri-ciri khas yang ada pada tumbuhan

                                                  d.  murid-murid dapat mencirikan dan membuat kesimpulan dengan berfikir secara rasional
           
Bahan, peralatan dan bahan sumber:

1.    Kertas mahjong
2.    Maker pen
3.    Cd yang dikeluarkan oleh Kementerian
4.    Computer riba
5.    Lembaran kerja
6.    Buku teks sain tahun 4
7.    Kad manila


Pengetahuan sedia ada:
1.      Murid telah mengetahui tentang hidupan memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup dari pembelajaran yang lepas .

Penerapan nilai                        :Bersyukur , kasih sayang , cinta terhadap alam sekitar .
KBKK                         : Menjana idea , menghubungkait , menghuraikan , menjelaaskan dan    
                                       merumuskan .
TKP                             : Kecerdasan interpersonal .

Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Video “Menyiasat Alam Kehidupan”
Guru mengaitkan isi
pelajaran dengan
video tersebut.
Murid diminta menonton video tersebut.

CD yang dikeluarkan oleh kementerian
Langkah 1
(8 min)
Contoh Soalan:
1.Berikan cara     tumbuhan melindungi diri daripada musuh?
Semalu menguncupkan diri apabila disentuh kerana ingin melindungi diri.
Betik mengeluarkan getah untuk melindungi diri dari di makan.
2.Terangkan ciri khas yang melindungi tumbuhan tertentu daripada musuh. Contohnya :
 kaktus-duri yang tajam, buluh-bulu halus , pokok betik-getah.
.
Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menilai kefahaman mereka selepas menonton cd


Murid diminta memberi pandangan  berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka diats lembaran kerja 1

Lembaran kerja 1
LANGKAH 2
(10 Minit)
Menerangkan ciri khas  yang melindungi tumbuhan tertentu daripada musuh.
KBKK : Proses Perbandingan
TKP : Kecerdasan linguistic
Rumusan : setiap tumbuhan mempunyai ciri khas tersendiri melindungi diri dari musuh.
Guru menerangkan dan memerihalkan pelbagai cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh dengan


melihat kad gambar

Guru menayangkan dua gambar carta yang menunjukkan jenis tumbuhan

Murid melihat kad gambar yang ditunjukkan oleh guru

Murid diminta untuk mengingat  dan menghafal cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh

Kad gambar
Langkah 3
(8 min)
Mengenalpasti ciri khas tumbuhan dan cara tumbuhan melindungi diri.

KBKK : Poses menyusun ikut kriteria
Guru menyuruh murid
untuk membuat
perbezaan atau
perubahan fizikal
diantara gambar yang
diberikan tadi .

Guru membantu murid
membina pengukuhan.

.
Murid  di minta oleh guru untuk menyatakan perbezaan atau perubahan fizikal diantara kedua-dua gambar tersebut.(penyiasatan di tulis di atas kad manila.)

Murid akan menerangkan perbezaan kedua ciri khas tumbuhan ini melindungi diri.
(Pembentangan oleh wakil kumpulan).
Dapatan dari siasatan diperbetulkan oleh guru .

Murid mengunting dan menampal gambar-gambar tumbuhan berpandukan soalan yang diberi oleh guru.
( kelaskan tumbuhan berdasarkan ciri)

Kad manila
Keratan majalah
Langkah 4
(15 min )

Pembentangan Laporan hasil dapatan murid
1) Guru minta wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan murid-murid.

2) Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan ( ciri-ciri khas dan pelakuan tumbuhan yang paling tepat)
1) Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan masing-masing.

2) Murid-murid membuat perbandingan jawapan di antara kumpulan.
Strategi:
komunikasi

Sumber :
-Hasil kerja murid

Aplikasi Idea
(8 min)
Lembaran kerja 2
1) Guru menanya murid-murid apa yang dipelajari tadi untuk mengaitkan idea murid?

2) Guru
mengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid-murid

3) Guru minta murid-murid menjawab soalan.

3) Guru membincangkan jawapan bersama dengan murid-murid.
1) Murid-murid menjawab soalan guru.
   - Ciri-ciri khas dan pelakuan tumbuhan bagi melidungi diri daripada bahaya.

2)Murid-murid mengambil kertas lembaran kerja yang guru bagi.

3) Murid-murid menjawab soalan.

1)      Murid-murid membincangkan jawapan bersama dengan guru.


Strategi:
Menjawab soalan

Sumber:
Kertas lembaran kerja 2


Refleksi/
Penutup
(4 min)
Peneguhan

 Guru membuat
rumusan mengenai pembelajaran pada hari tersebut .

Guru menanyakan kepada  murid secara rawak tentang apa yang dipelajari pada hri ini .



1) Murid-murid menjawab soalan mengikut giliran.









No comments:

Post a Comment

Post a Comment