Bagaimana belajar dengan berkesan?
Apakah konsep
pembelajaran berkesan? Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang mencapai
mutu tinggi dalam mengingati fakta, memahami konsep dan kebolehan mengguna,
mengolah serta menganalisis fakta dan konsep pada semua kemungkinan.
Aspek yang perlu
diberikan perhatian untuk mencapai pembelajaran berkesan:
1. DORONGAN
Dorongan datang
daripada hati. Salah satu dorongan yang kuat adalah cita-cita yang menjadi
matlamat seseorang.
Cita-cita mesti
berasaskan alam nyata dan mestilah suatu yang boleh dicapai.
Cita-cita harus
selari dengan bidang kursus anda supaya tidak melambatkan usaha mencapainya.
2. SIKAP
Sikap merupakan
pandangan serta perbuatan yang berpunca dari fikiran.
Sikap positif
a) Yakin akan
kebolehan dan usaha sendiri.
b) Ingin tahu dan
tidak malu bertanya.
c). Pencapaian
lemah dalam ujian dijadikan pemangkin untuk meningkatkan usaha dan azam.
d. Berdisiplin
iaitu mengikut perancangan.
v. Mengutamakan
pembelajaran jika masa itu diperuntukkan untuk belajar.
vi. Bersedia
menerima teguran dan nasihat membina.
vii. Menyelesaikan
kerja secepat mungkin.
viii. Sentiasa
bersikap bersedia.
ix. Tawakal.
Sikap negatif
i. Ragu-ragu atau
terlalu yakin akan kebolehan sendiri.
ii. Malu bertanya.
iii. Pencapaian lemah
dianggap kegagalan muktamad.
iv. Belajar secara
sistem rambang.
v. Mudah
mengalihkan perhatian kepada perkara lain selain pembelajaran.
vi. Tidak peka
atau enggan menerima teguran dan nasihat.
vii. Suka
menangguhkan kerja.
viii. Menyerah
kalah sebelum berusaha.
xi. Menyerah
kepada nasib semata-mata.
3. PENGURUSAN MASA
i. Perencanaan
masa
Rahsia orang yang
berjaya adalah pengurusan masa yang cekap bagi membolehkan mereka mengambil
bahagian dalam pelbagai kegiatan.
ii. Perencanaan
masa secara realistik.
Pelajar harus
mengetahui kegiatan dan masa yang diambil untuk melakukan aktivitinya setiap
hari.
Cara yang boleh
dilakukan ialah dengan mencatatkan setiap kegiatan dalam tempoh seminggu.
Sekiranya sesuatu
perancangan tidak realistik, pelajar boleh mengubahnya.
Umpamanya, jika
waktu makan dijadualkan 15 minit, tetapi pelajar mengambil 30 minit, ia tentu
menjejaskan kegiatan lain seperti berehat atau bermain. Oleh itu, pelajar harus
mengubahnya, sesuai dengan keperluan
.
iii.
Mengoptimumkan perencanaan
Pelajar mesti
mengambil kira bila dirinya cergas serta bersedia untuk belajar dia bila pula
dia memerlukan rehat.
Kajian ahli
psikologi mendapati kitaran masa terbaik untuk pembelajaran adalah satu jam
belajar dan 10 minit rehat.
iv. Lelehan masa
Ramai pelajar mendapati
jadual yang dibuat mereka tidak berguna kerana berlaku lelehan masa.
Umpamanya
seseorang berazam untuk mengulangkaji pelajaran Fizik antara jam 8.00 hingga
10.00 malam. Tetapi kerana ada perkara yang tidak difahami, dia perlu bertanya
kepada rakan lain.
Malangnya, rakan
itu pula sedang berbincang hal lain yang tidak berkaitan sehingga menarik dia
menyertai sama.
Kemudian dia
teringat azamnya untuk belajar, tetapi pada masa yang sama pula satu cerita
menarik sedang ditayangkan di televisyen.
Dia percaya boleh
mengulangkaji sambil menonton televisyen, tetapi malang masanya meleleh begitu
saja tanpa sempat mengulangkaji sedikit pun.
4. PENUMPUAN
Kurang penumpuan
boleh menyebabkan pembaziran masa.
Sebaik-baiknya
jangan berbelah bahagi perhatian otak sehingga menjejaskan tumpuan.
i. Tubuh yang
segar
Tumpuan boleh
terjejas jika pelajar berada dalam keadaan tidak sihat atau lapar.
Pelajar perlu
tidur dan rehat yang cukup.
ii. Mengantuk
Ramai pelajar
masih mengantuk walaupun mempunyai masa tidur yang cukup.
Jalan terbaik
ialah dengan melawan perasaan mengantuk itu. Antara caranya ialah dengan tidur
sekejap untuk menjadi badan segar semula.
Mungkin juga anda
boleh bersenam sebentar, bergantung kepada kesesuaian diri.
Jangan cuba atasi
masalah ini dengan mengambil ubat atau pil.
Pelajar boleh
membahagikan waktu pembelajaran antara matapelajaran yang diminati dengan yang
tidak diminati.
iii. Kelesuan
fikiran
Perasaan ini
berpunca daripada rasa bosan yang lazim dilalui ketika belajar atau membaca.
Ia boleh diatasi
dengan menukar kegiatan seperti membaca majalah. Jika percubaan itu berjaya,
ertinya dia lesu kerana bosan.
SELAMAT BELAJAR