MESRA
Sifat mesra kaunselor akan menyebabkan klien tidak kekok bercakap, relex, selesa dan diterima oleh klien.
JUJUR
Kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungan dengan klien bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensive dan konsisten. Dapat berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi.
TERIMA TANPA SYARAT
Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya.Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik, Perlu berfikiran yang terbuka dan perlu mengelakkan diri daripada berpandangan negetif terhadap kliennya.
BEREMPATI
Ia merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk dan dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.
KAUNSELOR ADALAH SEORANG:
• sanggup mendengar semua persoalan anda • menerima tanpa syarat • menerima dan merahsiakan apa yang anda katakan • menghormati diri anda sebagai seorang individu
RENUNGKANLAH
Seandainya ada yang membazirkan
makanan lihat dan renungkanlah
foto di atas. Tentu anda akan
terfikir sesuatu.Fikir fikirkanlah.
Fokus foto di atas apa sebenarnya yang telah berlaku. Tentu anda mempunyai jawapan tersendiri. Walau apa jua alasannya pasti foto berkenaan menyentuh rasa. Fikir fikirkanlah.
Di mana-mana boleh membaca. Untuk belajar tak mengira tempat.Belajar cara berkumpulan adalah digalakkan. Fikir fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment