Monday, 21 November 2011

Sekadar Renungan……….. Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran.




          Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya …..lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada si ayah, seorang hartawan yang ternama…..Si ayah hanya tersenyum……si anak bertambah yakin,berbunga segunung harapan, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang , pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
            Beberapa bulan berlalu…..ternyata si anak, dengan berkat doa, izin Allah dan kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan,menyanyi kegembiraan.Terbayang sebuah kereta sport mengiringi kejayaan tersebut.
            Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya.Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang.Si anak tersenyum puas.Di ruang matanya terbayang kilauan kereta merah sport yang selama ini menjadi idamannya itu.
            Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi  dan cantik. Si anak terkesima.Sungguh. Bukan itu yang dihajatkan.Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…..yang langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.
            Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu.Penutup kotak dibuka.Apa maknyanya semua ini ???Sebuah Al-Quran kecil; comel dengan cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan.Amarahnya membuak.Nafsu mudanya bergelojak.
            “Ayah sengaja mempermainkan saya!Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta itu…bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya . Sudah ayah!Bukan Al-Quran ini yang saya nak…”..katanya dengan nada amat keras.
            A-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan.Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara .Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg…lantas,dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan segulung ijazah yang dimilikinya.
            10 tahun berlalu….si anak kini merupakan seorang yang berharta .Punyai syarikat sendiri, miliki isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat.Cukup membahagiakan.Namun….hatinya tersentuh.Sudah 10 tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya.Sedang dia berkira-kira sendiri..telefonnya berdering.Panggilan dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam ….dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak.Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.
            Buat pertama kalinya setelah bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya……memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak.…Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya….Al-Quran yang dihempaskannya bersama kotak hadiah masih lagi setia berada di situ…..bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini.Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ….mengambil Al-Quran itu,membelek-beleknya dengan penuh keharuan…….. Alangkan terkejut si anak …dibelakang A-Quran terlekat sampul surat. Hatinya tertanya-tanya…..nyata sekali..di dalam sampul itu.,terdapat resit pembelian kereta idamannya…dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran tunai yang dilunaskan oleh si ayah.
Juga….sepucuk warkah….tulisan tangan orang yang amat dikenalinya, amat disayangi dan tangan itulah yang menyuap di waktu kecilnya….
“Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku…..Tahniah sayang……mustahil ayah akan hampakan anak kesayangan ayah yang cemerlang. Gunakanlah kereta itu dengan baik dan jadikanlah Al-Quran sebagai panduan hidupmu……”
Air mata si anak menitik deras….hatinya bagai ditusuk sembilu, penyesalan mula bertandang……..Sebaik kotak diangkat,tiba-tiba…..jatuh sesuatu dari dari kotak..segugus kunci………
            Maafkan saya ayah………………….namun semuanya sudah terlambat.Sekadar renungan bersama;
……..berapa banyak kita melupakan nikmat Allah; hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus” , didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati………


No comments:

Post a Comment