Monday 21 November 2011



RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah. 


2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani. 


3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri. 


4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan.


OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 


2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid. 


3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain. 


4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri.

5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan. 


6. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. 


7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.






VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 

MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN EFEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN MURID DAN SEKOLAH.






MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan
    berkesan. 
  • yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang
    tinggi dan berakhlak mulia. 
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
    akademik. 
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
    melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid. 
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan
    murid.


MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Supaya ANDA memahami tentang diri anda


• Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang objektif dan realistik


• Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan ANDA


• Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan ANDA pada masa sekarang dan akan datang




PIAGAM PELANGGAN 

1. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima semua klien tanpa syarat.

3. Memenuhitemujanji klien.

4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.

5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.

6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.

8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.




PENGERTIAN KAUNSELING


Mitos khidmat kaunseling

Kaunseling adalah nasihat.

• Hubungan kaunseling hanya sehala.

• Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien)
.
• Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.

APAKAH DIA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?


Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:

• Peribadi dan emosi anda

• Perkembangan pelajaran

• Belajar dengan lebih berkesan

• Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif

• Keluarga

BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?


Perkhidmatan ini dijalankan melalui:

KAUNSELING INDIVIDU

(pertemuan ANDA dengan kaunselor)

KAUNSELING KELOMPOK

(pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunaselor)

DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?

Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.

SEGALA PERBINCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.

BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?

Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor, atau
Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling.

- Sedia mendengar semua persoalan ANDA

- Menerima ANDA tanpa syarat

- Merahsiakan apa yang ANDA katakan

- Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu

- Sedia berjumpa dengan ANDA pada bila-bila masa.

SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA. MENEMUI KAUNSELOR ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

PERHUBUNGAN KAUNSELING DAN PERSONALITI KAUNSELOR

Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya. 

kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan. 

No comments:

Post a Comment